Karya besar, Alf Laylah wa Laylah (ALWL) dalam sastera Arab ini mempunyai satu keunikan yang bernilai pada pandangan saya. Kira-kira awal tahun ini, saya diberi peluang untuk mengkaji tentang ALWL dalam kalangan masyarakat Melayu. Jadi, ini bermakna, Kisah Seribu Satu Malam ada kaitannya dengan masyarakat Melayu! Ya, benar!
- Kisah Seribu Satu Malam merupakan karya asal Parsi, bukannya Arab!
- Antara terjemahan yang terawal adalah ke dalam bahasa Perancis!
- Malaysia agak lewat dalam penterjemahan karya besar ini, kira-kira pada tahun 1930-an!
- Manuskrip yang saya jumpa di Arkib Malaysia adalah terjemahan ALWL pada tahun 1934 oleh Zaaba!
- Filem-filem P.Ramlee kebanyakannya mengadaptasi beberapa bahagian dalam ALWL!
Itu sahaja dapat disenaraipendekkan tentang karya ALWL ini. Jika diperhatikan dengan lebih terperinci, ALWL terlalu banyak membawa kesan dalam masyarakat pelbagai negara baik barat, timur atau negara Malaysia sendiri.